Menu
Perkhidmatan_rangkaian Jenis perkhidmatan rangkaianPerkhidmatan rangkaian yang biasa termasuk:
Perkhidmatan rangkaian ditatarajah pada rangkaian kawasan tempatan (LAN) syarikat untuk memastikan keselamatan dan pengendalian ramah pengguna. Ia membantu LAN berjalan dengan lancar dan cekap. LAN syarikat menggunakan perkhidmatan rangkaian seperti:
DHCP meringankan beban pentadbiran dengan mengautomatikkan penguntukan IP kepada nod pada rangkaian. Menambahkan atau menyingkirkan nod dari rangkaian tidak menimbulkan sebarang masalah dapatan semula alamat IP kerana perkhidmatan DHCP menanganinya secara automatik.
Pelayan pengesahan merupakan jenis perkhidmatan rangkaian yang lain yang membenarkan setiap pengguna memiliki akaun masing-masing, dengan setiap tugas yang dibuat mereka direkodkan dalam log atas nama pengguna masing-masing. Ini bermakna bahawa bukan sahaja pengguna bertanggungjawab kepada setiap perbuatan mereka semasa dalam rangkaian, ia juga meningkatan keselamatan kerana setiap orang yang ingin mencapai LAN harus mempunyai nama pengguna berdaftar dan kata laluan.
Mentadbirkan rangkaian tanpa mempunyai:
benar-benar menyusahkan. Membolehkan perkhidmatan rangkaian tersebut akan mengautomatikkan pentadbiran yang rumit dan juga memakan waktu dan justera itu, mengurangkan masa henti pentadbir rangkaian.
E-mel, pencetakan, dan perkhidmatan pengongsian fail rangkaian jarang tidak digunakan dalam persekitaran LAN kerana ia membenarkan pengguna mencapai:
Kesemua perkhidmatan itu memerlukan pengguna memiliki keizinan untuk mencapai sumber kongsi serta memudahkan penatarajahan keselamatan dan hak capaian perkhidmatan direktori yang juga merupakan perkhidmatan rangkaian.
Menu
Perkhidmatan_rangkaian Jenis perkhidmatan rangkaianBerkaitan
Perkhidmatan awam di Malaysia Perkhidmatan bas pengangkutan awam Perkhidmatan rangkaian sosial Perkhidmatan Perkhidmatan awam Perkhidmatan Malaysia Airlines Perkhidmatan perubatan kecemasan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat Perkhidmatan pos Perkhidmatan Angkatan Laut BagindaRujukan
WikiPedia: Perkhidmatan_rangkaian